01 December 2010

Ayat Al Quran & Hadis berkaitan riba..


1) Al Baqarah : 278

Ertinya :
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya. Dan jika kamu bertaubat (daripada pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya."

2) Al Baqarah : 276

Ertinya :
"Allah menghancurkan keberkatan kerana riba dan menambahkan keberkatan daripada sedekah."

3) At Tabrani, 7/158 ; al-hakim

Ertinya :
"Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya."

4) Riwayat Ahmad dan Ad-Dar Qutni

Ertinya :
"Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali."

5) Riwayat Al Bukhari dan Muslim

Ertinya :
"Jauhilah tujuh dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil)."

Sumber : Wang, Anda & Islam ; Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...